Thursday 2 November 2017

VIVIX Dapat Pudarkan / Hilangkan Jeragat

Dulu masa muda remaja, masalah kulit yang popular adalah jerawat... Tapi bila dah makin meningkat usia ni, datang pula masalah kulit yang lain iaitu JERAGAT.... Aaarrgghhh tensionnnn...!!

Macam-macam produk 'skincare' dah dibeli di pasaran.. Baik offline mahupun online. Tapi masalah jeragat tetap kekal abadi di muka... Dah habis beringgit-ringgit untuk cuba dapatkan kulit muka seperti dahulu, tapi masih lagi tak berjaya.

Meh sini saya nak kongsi pengalaman saya sendiri dengan Vivix.. Pengalaman saya sendiri tau. Bukan dicedok dari sumber lain. 😉

Muka saya mula menampakkan JERAGATnya di kala usia saya mencecah 35 atau 36 tahun dahulu... Dia mula kelihatan di bahagian tulang pipi / cheekbone. Bintik-bintak hitam gitu...Tapi saya sejenis orang yang tak mudah ternoda dengan iklan-iklan krim sapu itu ini untuk hilangkan jeragat.

Sebab apa?? Sebab pada saya segala apa yang disapu tu mungkin akan dapat menghilangkan atau memudarkan juga jeragat tu, tapi hanya untuk kesan sementara sebab efek krim itu hanya di permukaan kulit sahaja.. 

Bulan Mac 2017 (saya berumur 37 tahun) saya mula consume Vivix. Tarikh 28 Mac 2017 menjadi tarikh keramat, antara tarikh yang saya ingati sampai bila-bila sebab itulah harinya di mana saya mula-mula membeli dan minum Vivix. Saya amalkan minum Vivix setiap malam,1 sudu kecil dicampur bersama segelas air. Sebab Vivix ni pekat dan likat, so saya lebih gemar minum dengan cara dilute-kannya dengan air.

Sekarang, belum habis pun botol kedua Vivix, saya dah mula perasan, Jeragat yang mula berjinak-jinak di tulang pipi saya dah tak ada. Berkat usaha dengan Vivix lah tu gamaknya...


ANTARA PUNCA JERAGAT TERJADI

  1. sinaran matahari yang boleh  merosakkan sel kulit
  2. kehamilan - berpunca daripada ketidakstabilan hormon
  3. pengambilan ubat-ubatan yang memberi side effect kepada kesihatan kulit
  4. Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat.

Jadi, jangan risau, sebenarnya jeragat insyaa Allah boleh diatasi dengan pengambilan produk anti-oksidan seperti Vivix yang masyhur ini... Jika jeragat di muka saya boleh hilang, mungkin juga boleh menghilangkan jeragat di muka anda juga... Jangan tension-tension k...



2 comments: