Friday 24 November 2017

5 Tips Menjalankan Perniagaan Online

Image result for BERNIAGA ONLINE

Perkongsian kali ni khas untuk korang yang telah atau baru mahu berjinak-jinak dalam perniagaan online. Yang makBreeKael nak share ni berdasarkan pengalaman sendiri dan juga ilmu yang telah saya cedok dari sifu-sifu saya dalam bisnes online ni.... Just for the record, MakBreeKael dah berkecimpung dalam bisnes online ni sejak 2014 dan Alhamdulillah memang cukup puas hati dengan pulangannya.

1.     GUNAKAN GAMBAR SENDIRI SEBAGAI PROFILE PICTURE

Ini khusus untuk korang yang menggunakan medium Facebook sebagai bisnes online korang. Prospect customers akan lebih rasa yakin kalau korang menggunakan gambar betul berbanding dengan kalau korang gunakan gambar-gambar artis ke, gambar bunga ke, mahupun gambar anak korang. Pamerkan gambar se-sweet mungkin untuk biar orang tertarik dengan profile korang dulu. Memadai meletakkan gambar dari paras dada ke atas. Jangan letak full 1 body pulak... Kang ada pulak pihak yang salah guna nanti... Scary......


2.     GUNAKAN NAMA SENDIRI, ELAKKAN NAMA SAMARAN YANG PELIK-PELIK


Makbapak kita awal-awal dah hadiahkan kita dengan nama-nama yang cukup indah dan sedap-sedap. Gunakanlah nama sebenar, atau paling tidakpun guna nama sebenar yang disingkatkan. Janganlah sebagai peniaga online nak mencari prospek sebanyak mungkin tapi p guna nama yang agak pelik seperti Pahlawan Malaya ka, Mencari Kedamaian ka...  Orang nak approach pun mungkin seriau....


3.     ELAKKAN UP STATUS YANG BERBAUR MEROYAN


Dah kata nak mencari prospek dan pelanggan sebanyak mungkin di FB kan.... Janganlah pulak korang rajin up status yang bukan-bukan. Orang baca pun nanti boleh tertimbul perasaan negatif dan memang orang akan menjauhkan diri dari beli peniaga yang suka meroyan ni... Jangan katakan di dunia bisnes online, kalau di dunia offline pun rasanya korang sendiri pun mesti kurang suka dengan peniaga yang ada menampakkan ciri-ciri negatif. 
Meroyan di FB termasuklah, mengutuk orang, berkongsi kisah bergaduh suami/isteri dan marahkan alam semesta yang indah ini...


4.     KUMPUL SERAMAI MUNGKIN KAWAN YANG BOLEH DIJADIKAN PROSPEK


FB membolehkan kita mempunyai kawan seramai 3000 orang. Gunakan peluang yang ada ni untuk meluaskan lautan prospek korang sebaik mungkin. Kalau jumlah friendslist cuma ada ratusan, macammana nak harapkan sales yang mantap dari bisnes online? Add dan approve kawan sebanyak mungkin ya...
Tapi jaga-jaga juga, jangan tersalah add atau approve. Kalau dah terasa lain macam je orang yang kita add tu, cepat-cepat je remove.


5.     JUAL PRODUK YANG KITA SENDIRI GUNA


Bila kita jual produk yang kita sendiri guna, lebih mudah untuk kita menjual dan kongsi manfaatnya. Bukan setakat kongsi manfaat, tapi kalau datang prospek atau customer yang jenis banyak tanya, senang kita nak menjawab, sebab kita dah betul-betul kenal produk tu. Tak kiralah apa pun barangan tu. Kalau korang nak jual tudung, kalau boleh korang pun pakai tudung tu jugak. Kalau korang nak jual kain pasang, korang pun sejenis yang rajin pakai baju kurung dan pakar tentang jenis-jenis kain yg korang jual. Kalau korang nak jual minyak wangi, korang sendiri pun pakai minyak wangi tu gak. Baru senang andai kata datang orang yang fussy tanya saya nak perfume yang ada bau jenis buah, haaaaaa korang pun dah ready nak suggest  bau yang mana kata dia...

MakBreeKael sendiri memang menjual di dunia online ni, terhad kepada barangan yang saya sendiri guna dan pakai. Antaranya, Saya jual Shaklee, saya sendiri makan Shaklee. Saya jual tudung iBawal, saya sendiri memang pakai iBawal. Saya jual Sambal Bilis Terangkat, saya sendiri makan Sambal Bilis Terangkat. Pasal tu saya senang nak gebang di FB pasal produk-produk ni. Dan yang paling penting kita jual benda sebab kita memang suka produk tu. Takdelah terjatuh pulak hukum kita menipu prospek / customer pulak di FB. Cakap produk ni best, bagus, puas hati bagai, padahal jauh di lubuh hati kita sendiri tak berapa berkenan dengan produk yang kita jual tu... Oh maaannn....



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jemputlah add MakBreeKael di Facebook ya. Boleh tengok-tengok-tengok atau jeling-jeling macamana saya berniaga di FB... <*winkwink>




::SEMOGA BERMANFAAT::

Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael

012.654.4373
atau terus klik link di bawah untuk faster response

www.wasap.my/60126544373




1 comments: