Monday 20 November 2017

Tips Agar Ada Rezeki Untuk Hamil

Setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin, semestinya mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap sebuah rumahtangga yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Namun begitu, terdapat segelintir pasangan yang kurang bernasib baik dan mengambil masa yang agak lama untuk hamil. Lambat atau cepat, ada atau tiada, semuanya termaktub kepada rezeki Allah SWT. Tapi, kita sebagai manusia seharusnya ikhtiar sehabis baik demi merealisasikan impian itu.....



Image result for upt positif
idaman setiap wanita untuk melihat 2 garisan bila melakukan Urine Pregancy Test (UPT) di rumah


Melalui pembacaan, terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan oleh para isteri mahupun suami sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat. Oleh itu, MakBreeKael tergerak hati untuk kongsikan tips-tips yang saya tahu untuk menjadi panduan mereka yang memerlukannya. Mana tau, kot lepas korang baca hasil nukilan saya ni, korang cuba, dan korang berjaya hamil, ooohhhh alangkah bestnyaaaaa...!!


1.   JAGA PEMAKANAN 

Ini merupakan cara yang pertama dan yang paling penting. Diet tu bukanlah bermakna sampai sekat makan dan tak makan langsung... Pastikan setiap zat dan nutrient dimakan setiap hari. Pendek kata, sila amalkan memakan makanan seimbang. Masih ingat lagi dengan piramid makanan? Haaaaa, ikut cara makan yang tu ya...

Image result for piramid makanan


2.   MEMPUNYAI BERAT BADAN YANG IDEAL 

Jika korang mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight‘ atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘. Macammana nak kira BMI korang?? Naaahh, di bawah ni MakBreeKael kongsikan cara nak kira...

Image result for bmi formula

Image result for bmi formula
korang dalam kelas yang mana?? Sentiasa sasarkan untuk berada di dalam kelompok NORMAL tu yaaa..


3.   MELAKUKAN DETOKS

Toksin yang tinggi yang ada dalam badan kita adalah tidak elok. Apakah itu detoks? Detoks adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk ke dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. 

Terdapat pelbagai cara untuk detoks termasuklah dengan mengamalkan beberapa bahan makanan/minuman yang dikatakan elok untuk detoks, atau cara yang lebih mudah adalah dengan memakan Vitamin untuk detoks segala toksin yang tak elok tu.


Image result for detox



4.   KETAHUI WAKTU SUBUR / OVULASI

Waktu subur seseorang itu bergantung kepada individu itu masing-masing. Tak semua mempunyai waktu subur yang sama. Macam mana nak tau waktu subur korang? Oooppsss, kalau nak senang, terus je klik link ni dan ketahui sendiri.. https://www.babycenter.com.my/ovulation-calculator

Bila dah tau dengan tepat waktu subur, ehem ehem.... silalah bertindak dengan sewajarnya.... <*winkwink>

Image result for waktu subur


5.   ELAKKAN / BIJAK MENANGANI STRESS

Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?
Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.
Image result for RELAX

6.   KURANGKAN KAFFEIN

Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain.
Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Tapi korang tau tak, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahaja sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada. Allahu.......
Image result for kafein

7.   AMALKAN MEMAKAN SUPPLEMENT / VITAMIN

Ada tak supplement Shaklee yang mungkin dapat membantu untuk hamil? Mestilah ada.... Tambah-tambah kalau korang ni golongan orang yang jarang-jarang mengamalkan memakan pemakanan seimbang, lagiiii lah digalakkan untuk makan vitamin.


Image result for alfalfa shaklee
ALFALFA ini dikatakan vitamin cinta dan ada juga menggelarkannya Jamu Moden. 
Ia membantu mengatasi rasa "sakit bila bersama", membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.


Image result for b complex shaklee

Memainkan peranan penting bagi mengelakkan kemurungan / stress dan membantu untuk menstabilkan hormon. 
Mesti selalu dengar tentang asid folik kan? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan asid folik untuk kesuburan. Dan dalam B-COMPLEX ni dah siap-siap ada Asid Folik.. Mudah kan..?


Image result for gla complex shaklee
Berperanan membantu mengatasi masalah haid yang tidak teratur dan membantu untuk menghasilkan cecair serviks bukan sahaja yang subur, malah berkualiti. Daaan, ada yang pernah  berkata GLA COMPLEX ni lebih bagus efeknya jika dibandingkan dengan Primrose Oil!


Image result for vitalea shaklee
Pengambilan VITALEA adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh tubuh dapat dipenuhi. Tau-tau ajelah, selalunya pengambilan makanan kita setiap hari tidak cukup nutrisinya. Jadi, Vitalea dapat jadi pelengkap kepada kelompongan zat dan nutrisi yang kita tak dapat dari makanan harian kita. 



Image result for vitamin e shaklee
VITAMIN E COMPLEX membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E daripada Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding dengan lambakan Vitamin E lain yang ada di pasaran. Kebiasaannya Silenium dijual berasingan. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.




Semoga perkongsian MakBreeKael kali ni memberi manfaat untuk korang yang sudi membacanya. Dan untuk yang memang sedang ikhtiar untuk hamil, MakBreeKael doakan korang cepat-cepat dikurniakan zuriat yang sihat, bijak dan cukup sifat.



+Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael
012.654.4373

untuk faster response, klik je link di bawah








   





1 comments: