Monday, 23 July 2018

CoQ-Trol Plus untuk Kesihatan Jantung

Sedih, tapi BENAR..... Zaman sekarang pesakit jantung bukan hanya ada di kalangan orang yang berumur, tapi percayalah yang masih muda remaja pun telah didiagnos dengan penyakit jantung. Boleh rujuk artikel REMAJA SAKIT JANTUNG... Ini bukan rekaan, tapi kebenaran.... 

Bagi pesakit itu sendiri, jangan sesekali skip makan ubat yang telah para doktor sarankan. Tetapi, para doktor juga akan mencadang untuk makan secara sihat, termasuk juga makan makanan tambahan yang dijamin selamat untuk kesihatan jantung.

Dalam rantaian produk Shaklee, ada banyaaaaakkkkk vitamin yang dicadangkan untuk Pesakit Jantung. Antaranya, Omega Guard, Vivix dan CoQ-Trol Plus. Semuanya boleh diambil, tetapi seperti biasalah kan, sebarang perbelanjaan kita, mestilah mengikut peribahasa 'mengukur baju di badan sendiri'.... 😊😊 Harga setiap satu berbeza-beza....

Tapi kali ni makBreeKael nak ceritakan pasal kelebihan CoQ-Trol Plus dalam membantu para pesakit jantung.

Kecil-kecil cili api, walaupun kecil, dia punya penangaaaann......... UUMMPPHHH!


Jantung kita mengepam kira-kira 2,000 gelen darah seluruh badan setiap hari. Sebagai otot yang bekerja paling keras di dalam badan kita dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung memerlukan sejumlah besar tenaga untuk berfungsi betul.
Tenaga itu disediakan dengan bantuan nutrien dipanggil coenzyme Q10 (CoQ10), ia juga berperanan dalam menyokong kesihatan saluran darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh badan dan terdapat dalam semua sel.
Namun begitu, jumlah CoQ10 yang ada dalam badan kita boleh menurun dengan cepat disebabkan oleh diet tidak sihat, penuaan, dan pendedahan harian kepada radikal bebas. Secara mudahnya, bila jumlahnya makin menurun, maka badan seseorang itu akan lebih terdedah dengan serangan pelbagai penyakit termasuklah SAKIT JANTUNG.

JANGAN TAK TAHU..... Pengambilan sesetengah jenis ubat pun boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam darah.... Sebagai contoh yang diketahui adalah Ubat Statin. Statin adalah ubat untuk kolesterol, bukan sahaja turunkan paras LDL (kolestrol jahat), tapi turut mempunyai kesan sampingan iaitu menghalang tubuh mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi.

Jadi, tunggu apa lagi, jom kita sama-sama pastikan tahap CoQ10 yang mencukupi dalam darah kita dengan mengamalkan makan CoQ-Trol Plus Shaklee hari-hari...

#sayangjantung


Wednesday, 29 November 2017

Di Sebalik Pemegang Nama Shaklee Yang Tersohor

Shaklee... Rata-rata ramai dah tau ianya sangat-sangat sinonim dengan Vitamin atau nama lainnya Makanan Tambahan. Sebut je Shaklee, memang paling-paling tidak pun orang tau ia merupakan satu nama yang dah cukup gah dalam pasaran Multilevel.


Tapi taukah korang, nama Shaklee datang dari pengasasnya sendiri iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Dah tiba masanya MakBreeKael kongsikan dengan korang siapakah mendiang sebenarnya..... Insan yang telah berjaya menghasilkan vitamin dari sumber makanan asli.

Image result for dr shaklee

Mendiang dilahirkan pada bulan November 1894. Namun malangnya sejak kecil lagi, bidan yang membantu dalam proses kelahirannya telah mengesahkan mendiang mengidap Tuberculosis (TB) atau Batuk Kering. Para doktor yang merawatnya telah membuat ramalan bahawa mendiang hanya akan hidup paling lama pun 8 tahun. Mendengar berita sedih tu, ibubapa mana yang tak sayu. Lalu, mereka bersepakat untuk berpindah ke satu kawasan yang agak kekampungan di Iowa sebab ibubapanya yang bijak itu merasakan satu-satunya rawatan untuk penyakit TB adalah pemakanan yang baik, udara yang tidak tercemar dan rehat yang secukupnya. 


Walaupun Dr. Shaklee tidak seaktif rakan sebayanya, namun mendiang berjaya menafikan ramalan para doktor yang mengatakan mendiang hanya akan hidup selama 8 tahun. Mendiang berjaya bebas dari penyakit TB hasil usaha penjagaan rapi oleh ibubapanya. Apabila mendiang meningkat remaja, beliau telah memikirkan dengan lebih mendalam tentang masalah kesihatan yang pernah dialaminya. Mendiang banyak membaca dan menulis sekaligus telah mendorong minatnya terhadap science of chiropracticcare. 


Lalu mendiang telah menyambung pelajarannya di Palmer School Of Chiropractic. Apa itu Kiropraktik?? Boleh klik link ini untuk memahami maksudnya dengan lebih mendalam.... KIROPRAKTIK
Di sana, beliau belajar dengan lebih mendalam dan makin percaya bahawa setiap penyakit boleh sembuh dengan mendapatkan nutrisi yang cukup dari sumber asli. Oleh itu, dengan ilmu yang ada dan kebijaksaannya, pada tahun 1915 mendiang berjaya mencipta multivitamin yang pertama di dunia yang diberi nama Vitalized Minerals. (pssttt... asal perkataan VITAMIN dari nama Vita-lized Min-erals lahhh... hebatkan Shaklee?)

Image result for vitalized minerals


Di zaman kegemilangannya, Dr. Shaklee telah membuka sebuah pusat rawatan alternatif di Fort Dodge, Iowa di mana para pesakit telah diberikan diet yang kaya dengan vitamin. Ini kerana mendiang percaya bahawa kuasa penyembuhan secara semulajadi dapat diperolehi dengan hanya memakan buah dan sayur segar serta supplement dalam kuantiti yang maksimum!


Namun, malang tak berbau.... Sedang Dr. Shaklee mula mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, pada 1921 mendiang didiagnos mengidap kanser pula. Sekali lagi, Dr. Shaklee bertegas bahawa pemakanan buah-buahan dan sayuran segar serta mengamalkan memakan supplement akan menyembuhkannya. Dan, mendiang merupakan seorang yang sangat optimis! Dr. Shaklee juga percaya bahawa penyakit juga akan sembuh jika seseorang itu sentiasa menanamkan sifat positif. Lalu, mendiang selalu berkata kepada isterinya, "I will live. I will heal. I can do it!" 
Dan ya, memang betul, pada tahun 1922 beliau telah BEBAS DARI KANSER!


Pada 1955, Dr. Shaklee yang pada ketika itu berumur 62 tahun mendiang telah menyatakan hasratnya kepada 2 orang anaknya, Forrest Jr dan Lee yang beliau ingin menyebarkan kebaikan nutrisi yang baik. Beliau mahu memulakan bisnes dalam pengedaran makanan tambahan a.k.a food supplements. Maka, tertubuhlah Shaklee Corporation pada 1 April 1956. Mereka mengamalkan prinsip setiap bakal pelanggan akan diberi ilmu terlebih dahulu sebelum menjadi pelanggan.  "We'll teach some, and they will teach others." Mulia betul hati Dr. Shaklee kan.... (Maka terjadilah konsep MultiLevelMarketing)


Apa yang penting, yang perlu difahami oleh semua ialah Dr. Shaklee mengasaskan Shaklee dengan kesedaran bahawa sains dan alam semula jadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia!

Monday, 27 November 2017

Menjaga Kesihatan Kulit Dengan Set The Radiant 4!

I tak pasti cara didikan orang lain, tapi I dididik dan diajar oleh mak sendiri dari kecil yang kalau kita sentiasa amalkan makan buah dan sayur-sayuran kulit akan jadi cantik. Mak I dari zaman muda memang suka ratah buah tomato. Ulam-ulaman pun memang dimakannya. Buah-buahan, memang favourite beliaulah.... Hasilnya? Mak I dah berumur 71 tahun tapi kulit memang masih cuns melecuns... Takde jeragat tau... serius I tell youuuuuu!


Apakah kesimpulannya? Kesimpulannya, kalau nak kulit yang betul-betul sihat dan cantik, ianya datang dari pemakanan yang sihat. Bukan sekadar calit-calit di luaran sahaja. Tapi, macammana dengan kita yang jarang-jarang sekali nak ratah sayur n buah ni?? Dah tentu-tentu kita kena amalkan memakan makanan tambahan a.k.a food supplement a.k.a Vitamin. Barulah kulit insyaa Allah akan jadi sihat dan terpancar kecantikannya....



@@@@@@@@@@@@@@




Dalam banyak-banyak produk Shaklee yang dijamin semulajadi n selamat ni, ada 1 set yang paling malatoppppp yang I namakan dia The Radiant 4! Apa yang ada dalam set ni, dan kenapa I cadangkan ini untuk korang yang betul-betul berniat nak cantik dan sihatkan kulit dari akar umbinya. Jom let's check them out! 




ESP

25% daripada badan kita berasal / diperbuat daripada protein. Jadi untuk memiliki kulit yang cantik, mestilah cukup protein intake yang tubuh badan kita perlu terima. Kenapa badan kita perlukan protein yang cukup?

  • membekalkan keperluan Asid Amino yang mencukupi yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan sendiri
  • menyokong penumbuhan sel-sel kulit yang mantoppp
  • memperbaiki dan menghasilkan sel-sel dan tisu-tisu yang baru
  • menghasilkan hormon yang sihat dan enzim yang baik untuk kulit
  • menghalang kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari yang terlalu lama





SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

Bertindak sebagai ejen antioksidan. Menghasilkan kulit yang sihat dengan cara meneutralkan kerosakan kulit daripada radikal bebas. Tau tak, tubuh badan kita tak mampu menghasilkan Vitamin C. Jadi, kita kenalah dapatkan khasiat Vitamin C dari pemakanan. Pengambilan Vitamin C dengan kerap dapat : 

  • mengurangkan kedutan kulit serta melicinkan kulit yang kasar
  • meransang pembentukan kolagen, lalu dapat menghalang kulit dari menjadi lembik dan berkedut
  • mempercepatkan proses penyembuhan luka
  • melindungi diri secara keseluruhan dari serangan radikal bebas



COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen Powder adalah supplement kolagen yang unggul, mengandungi 4000mg  kolagen RSS (Sisik Ikan Merah). Dan ianya amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Kena ingat ni, Umur yang meningkat bukanlah hanya satu-satunya faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti cahaya matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain lagi. 

Pengambilan collagen insyaa Allah akan dapat : 

  •  mengurangkan masalah kulit kering dan elastisiti akan bertambah baik
  • luka di kulit juga akan cepat sembuh dan ini akan membantu mengurangkan parut
  • membantu menghilangkan tanda penuaan 
  • melembapkan kulit secara semulajadi








GLA COMPLEX

Kulit yang sihat bergantung kepada Gamma-Linolenic Acid (GLA). 
GLA Complex diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam Evening Primrose Oil (EPO). Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. 

Pengambilan GLA dengan kerap dapat : 

  • mengurangkan kegatalan kepada kulit 
  • mengekalkan kelembapan kulit
  • memperbaiki inflamasi kulit
  • memperbaiki bintik penuaan


Apa tunggu lagi??? Jom sihat dan cantikkan kulit dari dalam dengan Set 
THE RADIANT 4







+Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael
012.654.4373

atau terus klik link di bawah untuk respon yang lebih cepat

Sunday, 26 November 2017

Trip To Semporna 2013

Salah satu percutian yang takkan makBreeKael lupa ialah, Trip ke Semporna bersama geng Cibauk pada 23 November sehingga 26 November 2013. Cibauk ni gelaran kami kat grup kami sendiri... Tah macam mana boleh melekat pun tak taulah..... Kami dah berkawan lama, sejak tahun 1998 di zaman matrik lagi... Kami ni ibarat sisters from different wombs. Sampai macam tu lah tahap kerapatan kami..... Kawan susah senang bersama lah dipendekkan cerita....


Dari Semenanjung, ada kami berlima; MakBreeKael, Momo, Ima, Nyna dan Dell. Turut serta 3 orang suami Kawa, Aren n Guy, dan 3 orang kekanak riang, Bree, Kael dan Haridz (anak Momo n Aren). Pada asalnya kami nak pergi tanpa anak-anak, tapi last minit tukar plan, sebab tak sanggup pulak tinggal Bree n Kael. Penyudahnya tiket Bree lagi mahal dari tiket kami dorang! Hahahaa... Takpalah, pengalaman sekali seumur hidup kot... Lepas ni mungkin kami dah takkan sampai dah Semporna. Jadinya, bila dah bawak anak-anak ni, plan asal nak ke Mabul Island pun terpaksa lah dibatalkan... Takkan nak island hopping pulak ngan anak-anak kecik. Kael masa tu baru 6 bulan! Lagipun masa tu baru lepas hot kes serangan lanun tu... So demi keselamatan diri, kensel je lah p melawat pulau-pulau....



Tujuan asal kami ke sana pasal nak sapraaaaiiisss kan salah sorang geng cibauk, iaitu Anang. Wedding dia sebenarnya. Tapi dia xsangka la akan ada rombongan dari Semenanjung nak p terjah majlis kahwin dia. Yang bestnya, ni lah jugak 1st time dapat attend kenduri epic style Sabah. Japgi I share gambar tau... Eh, memang entry kali ni nak share gambar p Semporna n Tawau je ni... Sebab memang best trip ni.... Penuh gelak ketawa, penuh perut makan fresh seafood n penuh macam-macam experience.


Dari KLIA2 terbang ke Tawau

(L-R) Dell, Bree, Nyna, Ima n MakBreeKael
baru touched down di Tawau
Ok, meh sini nak buat pengakuan, ni pengalaman pertama myself n anak-anak naik kapai toghobang. So tu yang excited lebih tu... Muahahahaa. Walaupun AirAsia, tetap kapai toghobang kaaan....


Haaaaa.... ni gambar ala-ala jejak kasih.... Anang sangat-sangat terkejut n terharu sebab kami datang ramai-ramai dari Semenanjung, satu hal. N dia super terkejut makBreeKael ada sekali, dan kami masa ni memang dah bertahun tak jumpa, kalau tak silap ENAM TAHUN LAMANYA TAK BERJUMA, sejak dia pindah balik Semporna, n myself pindah ke Ipoh. Peluk punyalah kuat, nanges tak hengat, tapi Kael is redho je... hahaha


Gambar di depan Hotel Seafest, Semporna setelah selesai sesi airmata... Tapi kebengkakan mataku n Anang sukar dibendung...





Bree bergambar kenangan dengan Anang n Apis di hari pernikahan. Si Bree ni memang senang sangat nak gel dengan orang walaupun 1st time jumpa... Peramah lain macam...

Image may contain: 8 people, people standing and outdoor
Resepsi kahwin diadakan sebelah malam.
(L-R) Dell, Nyna, Apis, Haridz, Kael, Anang, Ima, MakBreeKael, Momo, Bree 

Haaaaa... ni lah antara kenangan best... Tengok si Bree yang berbaju purple tu melangut tengok orang menari... Bukan joget macam kenduri kendara kat sini. Itu pun dah jarang tengok sebenarnya. Ni tarian Sumazau ke apa tak sure plak.. tapi memang rare lah.


Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Ima n Momo rasa tak lengkap majlis kalau depa tak join sekaki menari mengecohkan suasana
HAHAHAHA!!

Ni pulak gambar-gambar laut Semporna... Memang breathtaking betol.... Cantek n jernih betol lautnya... sampai boleh nampak ikan berenang-renang di lautan...








Salah satu malam di Semporna setelah selesai kenduri kawen, kami berBBQ fresh seafood. Depa semua pakat gelak kat MakBreeKael sebab sesi BBQ yang takde ayam. Almaklumlah, MakBreeKael ni memang pemakan ayam yang tegar. Takde ayam, tak reti makan. Namun begitu, kat Semporna i berjaya tak makan ayam. Sebab yang lelain tu pun sesedap ayam! Especially menu Ikan Buntal!

Kawa, Apis (pengantin baru) dan Aren became Chefs of the night.

Image may contain: 3 people, people standing
Ni masa depa p membeli belah seafood untuk dibuat BBQ malam tu
Tu ikan apa pun taktau lah... memang byk ikan pelik-pelik n cantik-cantik kat pasar tu..


Tiket pulang ke KL. Kael punya tiket lain macam sikit sebab dia punya just bayaq RM50 saja for infant. Dan terlupa amek gambaq.


Itu je lah kot gambar-gambar yang rasa nak kongsi the best trip ever setakat ni. Sangat-sangat best. Kalau ada rezeki lagi, teringin nak ke Sabah lagi. Korang yang kalau masih tercari-cari holiday spot di Malaysia ni, pegi lah Sabah. Memang best sangat.... 


(Top L-R) Dell, Aren, Kawa, Apis, Guy
(Below L-R) Momo, Haridz, MakBreeKael, Bree, Anang, Kael, Nyna, Ima
Oh, by the way, depa ni jugaklah yang sentiasa support MakBreeKael dalam bisnes Shaklee, dulu kini dan selamanya... Love u my frens, my sistas....


+Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael

Image may contain: 4 people, people sitting and people standing

Saturday, 25 November 2017

Tujuan Asal Join Shaklee Pasal Nak Beli Harga Ahli

Sejarahnya, dah mula makan supplement Shaklee masa di bangku sekolah dan di zaman matrik lagi. Tapi masa tu makan, sebab bapak suro makan, I makan je lah.... Takdelah titik beratkan sangat lagi pasal penjagaan kesihatan ni....

Tapi mula balik makan Shaklee tahun 2013, beli Set Berpantang. Tapi tak full set. Masa tu MakBreeKael beli ESP, Vitalea, Zinc n Chewable Vitamin C (sebab Sustained Release Vitamin C takde stok di seluruh Malaysia). Makan punya makan, tetiba dapat rasa beza sangat-sangat dibandingkan masa berpantang anak sulong dulu. Masa berpantang tahun 2010, I makan set brand HPA. Bukan nak memburukkan brand HPA tapi cuma nak berkongsi memang terasa bezanya dari segi penghasilan susu dan stamina badan. 


Dah habis waktu berpantang, dok consume lagi Shaklee. Beli dari kawan-kawan. Disebabkan jiwa penyayang (ahaaaxxx) dan sentiasa ingin support bisnes kawan yang sedia ada ni, I akan beli dari kawan-kawan yang berbeza sebab nak bagi depa merasa rezeki masing-masing. Tapiiii..... sampailah dah terlampau kerap membeli, I terasa, eh kalau join je ahli, mesti dapat jimat sikit kot kan.....




MULA DAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
Image result for shaklee independent distributor
29 Januari 2014 merupakan tarikh keramat, bila mana MakBreeKael mula decide nak join Shaklee. Tujuan asal?? Sebab nak jimat... Nak beli produk Shaklee pada harga yang lebih rendah. Rupanya bila dah join baru tau, laaaaa... boleh jimat dalam 15-30%!! Banyak gak tu.... Masa tu tak peduli langsung pasal UV (point) ke, bonus ke, apa ke... Janji nak dapatkan produk Shaklee pada harga murah dari selalu... YEAYYY!!!



MACAM MANA BOLEH TERJEBAK SERIUS MENJUAL SHAKLEE

Image result for produk shaklee

Kebetulan masa bulan Februari 2014, ada promo BELI 6 ESP - PERCUMA 1 TONG ESP. So, MakBreeKael saja-saja kongsi pengalaman pasal ESP kat Facebook. Kongsi gitu-gitu aje... Cerita benda betul. Apa yang I rasa sejak konsisten minum ESP dalam pantang dan masa lepas pantang. Ceritaaaaaa je... 

Cerita punya cerita tiba-tiba ramai pulak yang berminat nak cuba. Bila depa berminat nak mencuba, I pun jual je lah. Jual punya jual, tup-tup bonus pertama yang I terima daripada Shaklee masa tu mencecah RM700++!

Ateerrrrrr, bila dah start merasa bonus macam tu, apa lagi... MakBreeKael terus-terusan la menjual Shaklee sampai lah ke hari ini. Tambah-tambah bila tau, rupanya hanya dengan bercerita n berkongsi pengalaman di FB je, I mampu ada pendapatan sampingan dengan Shaklee.

Oh satu lagi yang membuatkan kenapa I serius nak ramai-ramai orang makan Shaklee sebab, I ni staff Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdedah dengan pemandangan orang yang sakit. Sedih tau tengok orang yang muda-muda, budak-budak kecik, yang dah didiagnos dengan macam-macam penyakit. Jadinya, lagi kencang lah MakBreeKael berkongsi itu ini di FB pasal produk Shaklee... Dengan harapan, apa yang I kongsi tu tak banyak, sikit dapat meringankan sakit yang diorang atau keluarga diorang alami. 



Itulah sejarahnya macam mana MakBreeKael boleh terjebak menjual Shaklee.. Tujuan asal hanya sebab nak beli produk pada harga yang murah. Alih-alih, terus menjual dan menjual sehingga kini MakBreeKael telah menjadi salah seorang Leader di dalam Shaklee. 
Tolong doakan kejayaan I dalam bisnes ni ya. 

Kalau korang pun nak dapatkan produk Shaklee pada harga murah pun boleh aiihhh.... Join ahli n dah boleh beli dengan harga yang murah. Jom klik je wassap link kat bawah ni. 




+Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael




Friday, 24 November 2017

5 Tips Menjalankan Perniagaan Online

Image result for BERNIAGA ONLINE

Perkongsian kali ni khas untuk korang yang telah atau baru mahu berjinak-jinak dalam perniagaan online. Yang makBreeKael nak share ni berdasarkan pengalaman sendiri dan juga ilmu yang telah saya cedok dari sifu-sifu saya dalam bisnes online ni.... Just for the record, MakBreeKael dah berkecimpung dalam bisnes online ni sejak 2014 dan Alhamdulillah memang cukup puas hati dengan pulangannya.

1.     GUNAKAN GAMBAR SENDIRI SEBAGAI PROFILE PICTURE

Ini khusus untuk korang yang menggunakan medium Facebook sebagai bisnes online korang. Prospect customers akan lebih rasa yakin kalau korang menggunakan gambar betul berbanding dengan kalau korang gunakan gambar-gambar artis ke, gambar bunga ke, mahupun gambar anak korang. Pamerkan gambar se-sweet mungkin untuk biar orang tertarik dengan profile korang dulu. Memadai meletakkan gambar dari paras dada ke atas. Jangan letak full 1 body pulak... Kang ada pulak pihak yang salah guna nanti... Scary......


2.     GUNAKAN NAMA SENDIRI, ELAKKAN NAMA SAMARAN YANG PELIK-PELIK


Makbapak kita awal-awal dah hadiahkan kita dengan nama-nama yang cukup indah dan sedap-sedap. Gunakanlah nama sebenar, atau paling tidakpun guna nama sebenar yang disingkatkan. Janganlah sebagai peniaga online nak mencari prospek sebanyak mungkin tapi p guna nama yang agak pelik seperti Pahlawan Malaya ka, Mencari Kedamaian ka...  Orang nak approach pun mungkin seriau....


3.     ELAKKAN UP STATUS YANG BERBAUR MEROYAN


Dah kata nak mencari prospek dan pelanggan sebanyak mungkin di FB kan.... Janganlah pulak korang rajin up status yang bukan-bukan. Orang baca pun nanti boleh tertimbul perasaan negatif dan memang orang akan menjauhkan diri dari beli peniaga yang suka meroyan ni... Jangan katakan di dunia bisnes online, kalau di dunia offline pun rasanya korang sendiri pun mesti kurang suka dengan peniaga yang ada menampakkan ciri-ciri negatif. 
Meroyan di FB termasuklah, mengutuk orang, berkongsi kisah bergaduh suami/isteri dan marahkan alam semesta yang indah ini...


4.     KUMPUL SERAMAI MUNGKIN KAWAN YANG BOLEH DIJADIKAN PROSPEK


FB membolehkan kita mempunyai kawan seramai 3000 orang. Gunakan peluang yang ada ni untuk meluaskan lautan prospek korang sebaik mungkin. Kalau jumlah friendslist cuma ada ratusan, macammana nak harapkan sales yang mantap dari bisnes online? Add dan approve kawan sebanyak mungkin ya...
Tapi jaga-jaga juga, jangan tersalah add atau approve. Kalau dah terasa lain macam je orang yang kita add tu, cepat-cepat je remove.


5.     JUAL PRODUK YANG KITA SENDIRI GUNA


Bila kita jual produk yang kita sendiri guna, lebih mudah untuk kita menjual dan kongsi manfaatnya. Bukan setakat kongsi manfaat, tapi kalau datang prospek atau customer yang jenis banyak tanya, senang kita nak menjawab, sebab kita dah betul-betul kenal produk tu. Tak kiralah apa pun barangan tu. Kalau korang nak jual tudung, kalau boleh korang pun pakai tudung tu jugak. Kalau korang nak jual kain pasang, korang pun sejenis yang rajin pakai baju kurung dan pakar tentang jenis-jenis kain yg korang jual. Kalau korang nak jual minyak wangi, korang sendiri pun pakai minyak wangi tu gak. Baru senang andai kata datang orang yang fussy tanya saya nak perfume yang ada bau jenis buah, haaaaaa korang pun dah ready nak suggest  bau yang mana kata dia...

MakBreeKael sendiri memang menjual di dunia online ni, terhad kepada barangan yang saya sendiri guna dan pakai. Antaranya, Saya jual Shaklee, saya sendiri makan Shaklee. Saya jual tudung iBawal, saya sendiri memang pakai iBawal. Saya jual Sambal Bilis Terangkat, saya sendiri makan Sambal Bilis Terangkat. Pasal tu saya senang nak gebang di FB pasal produk-produk ni. Dan yang paling penting kita jual benda sebab kita memang suka produk tu. Takdelah terjatuh pulak hukum kita menipu prospek / customer pulak di FB. Cakap produk ni best, bagus, puas hati bagai, padahal jauh di lubuh hati kita sendiri tak berapa berkenan dengan produk yang kita jual tu... Oh maaannn....



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jemputlah add MakBreeKael di Facebook ya. Boleh tengok-tengok-tengok atau jeling-jeling macamana saya berniaga di FB... <*winkwink>




::SEMOGA BERMANFAAT::

Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael

012.654.4373
atau terus klik link di bawah untuk faster response

www.wasap.my/60126544373