Sunday 26 November 2017

Trip To Semporna 2013

Salah satu percutian yang takkan makBreeKael lupa ialah, Trip ke Semporna bersama geng Cibauk pada 23 November sehingga 26 November 2013. Cibauk ni gelaran kami kat grup kami sendiri... Tah macam mana boleh melekat pun tak taulah..... Kami dah berkawan lama, sejak tahun 1998 di zaman matrik lagi... Kami ni ibarat sisters from different wombs. Sampai macam tu lah tahap kerapatan kami..... Kawan susah senang bersama lah dipendekkan cerita....


Dari Semenanjung, ada kami berlima; MakBreeKael, Momo, Ima, Nyna dan Dell. Turut serta 3 orang suami Kawa, Aren n Guy, dan 3 orang kekanak riang, Bree, Kael dan Haridz (anak Momo n Aren). Pada asalnya kami nak pergi tanpa anak-anak, tapi last minit tukar plan, sebab tak sanggup pulak tinggal Bree n Kael. Penyudahnya tiket Bree lagi mahal dari tiket kami dorang! Hahahaa... Takpalah, pengalaman sekali seumur hidup kot... Lepas ni mungkin kami dah takkan sampai dah Semporna. Jadinya, bila dah bawak anak-anak ni, plan asal nak ke Mabul Island pun terpaksa lah dibatalkan... Takkan nak island hopping pulak ngan anak-anak kecik. Kael masa tu baru 6 bulan! Lagipun masa tu baru lepas hot kes serangan lanun tu... So demi keselamatan diri, kensel je lah p melawat pulau-pulau....



Tujuan asal kami ke sana pasal nak sapraaaaiiisss kan salah sorang geng cibauk, iaitu Anang. Wedding dia sebenarnya. Tapi dia xsangka la akan ada rombongan dari Semenanjung nak p terjah majlis kahwin dia. Yang bestnya, ni lah jugak 1st time dapat attend kenduri epic style Sabah. Japgi I share gambar tau... Eh, memang entry kali ni nak share gambar p Semporna n Tawau je ni... Sebab memang best trip ni.... Penuh gelak ketawa, penuh perut makan fresh seafood n penuh macam-macam experience.


Dari KLIA2 terbang ke Tawau

(L-R) Dell, Bree, Nyna, Ima n MakBreeKael
baru touched down di Tawau
Ok, meh sini nak buat pengakuan, ni pengalaman pertama myself n anak-anak naik kapai toghobang. So tu yang excited lebih tu... Muahahahaa. Walaupun AirAsia, tetap kapai toghobang kaaan....


Haaaaa.... ni gambar ala-ala jejak kasih.... Anang sangat-sangat terkejut n terharu sebab kami datang ramai-ramai dari Semenanjung, satu hal. N dia super terkejut makBreeKael ada sekali, dan kami masa ni memang dah bertahun tak jumpa, kalau tak silap ENAM TAHUN LAMANYA TAK BERJUMA, sejak dia pindah balik Semporna, n myself pindah ke Ipoh. Peluk punyalah kuat, nanges tak hengat, tapi Kael is redho je... hahaha


Gambar di depan Hotel Seafest, Semporna setelah selesai sesi airmata... Tapi kebengkakan mataku n Anang sukar dibendung...





Bree bergambar kenangan dengan Anang n Apis di hari pernikahan. Si Bree ni memang senang sangat nak gel dengan orang walaupun 1st time jumpa... Peramah lain macam...

Image may contain: 8 people, people standing and outdoor
Resepsi kahwin diadakan sebelah malam.
(L-R) Dell, Nyna, Apis, Haridz, Kael, Anang, Ima, MakBreeKael, Momo, Bree 

Haaaaa... ni lah antara kenangan best... Tengok si Bree yang berbaju purple tu melangut tengok orang menari... Bukan joget macam kenduri kendara kat sini. Itu pun dah jarang tengok sebenarnya. Ni tarian Sumazau ke apa tak sure plak.. tapi memang rare lah.


Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Ima n Momo rasa tak lengkap majlis kalau depa tak join sekaki menari mengecohkan suasana
HAHAHAHA!!

Ni pulak gambar-gambar laut Semporna... Memang breathtaking betol.... Cantek n jernih betol lautnya... sampai boleh nampak ikan berenang-renang di lautan...








Salah satu malam di Semporna setelah selesai kenduri kawen, kami berBBQ fresh seafood. Depa semua pakat gelak kat MakBreeKael sebab sesi BBQ yang takde ayam. Almaklumlah, MakBreeKael ni memang pemakan ayam yang tegar. Takde ayam, tak reti makan. Namun begitu, kat Semporna i berjaya tak makan ayam. Sebab yang lelain tu pun sesedap ayam! Especially menu Ikan Buntal!

Kawa, Apis (pengantin baru) dan Aren became Chefs of the night.

Image may contain: 3 people, people standing
Ni masa depa p membeli belah seafood untuk dibuat BBQ malam tu
Tu ikan apa pun taktau lah... memang byk ikan pelik-pelik n cantik-cantik kat pasar tu..


Tiket pulang ke KL. Kael punya tiket lain macam sikit sebab dia punya just bayaq RM50 saja for infant. Dan terlupa amek gambaq.


Itu je lah kot gambar-gambar yang rasa nak kongsi the best trip ever setakat ni. Sangat-sangat best. Kalau ada rezeki lagi, teringin nak ke Sabah lagi. Korang yang kalau masih tercari-cari holiday spot di Malaysia ni, pegi lah Sabah. Memang best sangat.... 


(Top L-R) Dell, Aren, Kawa, Apis, Guy
(Below L-R) Momo, Haridz, MakBreeKael, Bree, Anang, Kael, Nyna, Ima
Oh, by the way, depa ni jugaklah yang sentiasa support MakBreeKael dalam bisnes Shaklee, dulu kini dan selamanya... Love u my frens, my sistas....


+Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael

Image may contain: 4 people, people sitting and people standing

1 comments: