Thursday 23 November 2017

Hyperthyroid Semakin Stabil Bila Amalkan Shaklee

Bila kita sebut je tiroid, mungkin orang akan membayangkan penghidapnya akan mengalami beng­kak pada bahagian leher yang kelihatan dengan jelas. Hakikatnya, tidak semua pesakit mengalami tanda bengkak berkenaan.
Di sebalik tanda bengkak, ramai yang tidak mengetahui, menggeletar, rasa panas, cepat marah, mudah berpeluh dan marah antara beberapa tanda seseorang itu mengalami gangguan tiroid.
Tiroid ialah satu kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan.



Hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi badan yang dipanggil metabolisme. Peningkatan hormon ini bermakna metabolisme badan meningkat dan begitulah sebaliknya jika hormon terbabit berkurangan. Dengan metabolisme yang tinggi, penghidapnya mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berlangsung pada kadar yang selamat dan berkesan.
Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, ia mengakibatkan penyakit hipotiroidisma. Penyakit kencing manis juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid. 

Sumber rujukan daripada akhbar Harian Metro ada menjelaskan tentang penyakit Hyperthyroid ni....

Hipertiroidisma
Image result for hyperthyroid
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar usia 20 hingga 40 tahun.
Menurut Dr Siti Aisyah, penyakit Grave ialah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Kebiasaannya ia kelihatan pada bahagian mata penghidapnya.
“Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid dan disebabkan itu pengawasan doktor amatlah penting.
“Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ribut tiroid terutama apabila individu itu mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan penghidapnya demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma,” ujarnya.
Tambah Dr Siti Aisyah, rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid dan ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.
“Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.
“Sekiranya individu itu mendapati ada bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ia kanser ataupun masalah nodular biasa,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan ultrabunyi dan juga biopsi atau penggunaan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan pesakit ketika sesi rawatan kesihatan susulan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jadi kali ini, makBreeKael nak kongsikan dengan korang 1 testimonial asli daripada penghidap Hyperthyroid setelah mengamalkan supplement Shaklee. Sesungguhnya ini perkongsian daripada hati beliau sendiri......


Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.
.

Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.
.

Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.
.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.
.

Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.
.

Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.
.

Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju... Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.
.

Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.
.

Saya terus ambil megadose Vivix & NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.
.

Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirm lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.
.

Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.
.

Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.
.

Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya danbantu kukuhkan balik sistem imun saya.
.

Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?
.

Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.
.

Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.


@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kalau dah bersedia nak ikhtiar dengan Supplement Shaklee yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam, jangan segan silu hubungi MakBreeKael ya....

::Balqisy Baklee si pengedar Shaklee::


@@@@@@@@@@@@@@@@@

+Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael
012-654 4373

atau terus klik link di bawah untuk faster response

0 comments:

Post a Comment