Wednesday 29 November 2017

Di Sebalik Pemegang Nama Shaklee Yang Tersohor

Shaklee... Rata-rata ramai dah tau ianya sangat-sangat sinonim dengan Vitamin atau nama lainnya Makanan Tambahan. Sebut je Shaklee, memang paling-paling tidak pun orang tau ia merupakan satu nama yang dah cukup gah dalam pasaran Multilevel.


Tapi taukah korang, nama Shaklee datang dari pengasasnya sendiri iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Dah tiba masanya MakBreeKael kongsikan dengan korang siapakah mendiang sebenarnya..... Insan yang telah berjaya menghasilkan vitamin dari sumber makanan asli.

Image result for dr shaklee

Mendiang dilahirkan pada bulan November 1894. Namun malangnya sejak kecil lagi, bidan yang membantu dalam proses kelahirannya telah mengesahkan mendiang mengidap Tuberculosis (TB) atau Batuk Kering. Para doktor yang merawatnya telah membuat ramalan bahawa mendiang hanya akan hidup paling lama pun 8 tahun. Mendengar berita sedih tu, ibubapa mana yang tak sayu. Lalu, mereka bersepakat untuk berpindah ke satu kawasan yang agak kekampungan di Iowa sebab ibubapanya yang bijak itu merasakan satu-satunya rawatan untuk penyakit TB adalah pemakanan yang baik, udara yang tidak tercemar dan rehat yang secukupnya. 


Walaupun Dr. Shaklee tidak seaktif rakan sebayanya, namun mendiang berjaya menafikan ramalan para doktor yang mengatakan mendiang hanya akan hidup selama 8 tahun. Mendiang berjaya bebas dari penyakit TB hasil usaha penjagaan rapi oleh ibubapanya. Apabila mendiang meningkat remaja, beliau telah memikirkan dengan lebih mendalam tentang masalah kesihatan yang pernah dialaminya. Mendiang banyak membaca dan menulis sekaligus telah mendorong minatnya terhadap science of chiropracticcare. 


Lalu mendiang telah menyambung pelajarannya di Palmer School Of Chiropractic. Apa itu Kiropraktik?? Boleh klik link ini untuk memahami maksudnya dengan lebih mendalam.... KIROPRAKTIK
Di sana, beliau belajar dengan lebih mendalam dan makin percaya bahawa setiap penyakit boleh sembuh dengan mendapatkan nutrisi yang cukup dari sumber asli. Oleh itu, dengan ilmu yang ada dan kebijaksaannya, pada tahun 1915 mendiang berjaya mencipta multivitamin yang pertama di dunia yang diberi nama Vitalized Minerals. (pssttt... asal perkataan VITAMIN dari nama Vita-lized Min-erals lahhh... hebatkan Shaklee?)

Image result for vitalized minerals


Di zaman kegemilangannya, Dr. Shaklee telah membuka sebuah pusat rawatan alternatif di Fort Dodge, Iowa di mana para pesakit telah diberikan diet yang kaya dengan vitamin. Ini kerana mendiang percaya bahawa kuasa penyembuhan secara semulajadi dapat diperolehi dengan hanya memakan buah dan sayur segar serta supplement dalam kuantiti yang maksimum!


Namun, malang tak berbau.... Sedang Dr. Shaklee mula mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, pada 1921 mendiang didiagnos mengidap kanser pula. Sekali lagi, Dr. Shaklee bertegas bahawa pemakanan buah-buahan dan sayuran segar serta mengamalkan memakan supplement akan menyembuhkannya. Dan, mendiang merupakan seorang yang sangat optimis! Dr. Shaklee juga percaya bahawa penyakit juga akan sembuh jika seseorang itu sentiasa menanamkan sifat positif. Lalu, mendiang selalu berkata kepada isterinya, "I will live. I will heal. I can do it!" 
Dan ya, memang betul, pada tahun 1922 beliau telah BEBAS DARI KANSER!


Pada 1955, Dr. Shaklee yang pada ketika itu berumur 62 tahun mendiang telah menyatakan hasratnya kepada 2 orang anaknya, Forrest Jr dan Lee yang beliau ingin menyebarkan kebaikan nutrisi yang baik. Beliau mahu memulakan bisnes dalam pengedaran makanan tambahan a.k.a food supplements. Maka, tertubuhlah Shaklee Corporation pada 1 April 1956. Mereka mengamalkan prinsip setiap bakal pelanggan akan diberi ilmu terlebih dahulu sebelum menjadi pelanggan.  "We'll teach some, and they will teach others." Mulia betul hati Dr. Shaklee kan.... (Maka terjadilah konsep MultiLevelMarketing)


Apa yang penting, yang perlu difahami oleh semua ialah Dr. Shaklee mengasaskan Shaklee dengan kesedaran bahawa sains dan alam semula jadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia!

0 comments:

Post a Comment