Wednesday 22 November 2017

Tips Untuk Mencerahkan Kulit Tanpa Menggunakan Bahan Kimia Berbahaya

Entah mengapa, terdapat segelintir orang yang sangat menginginkan untuk berkulit cerah.... Adakah sebab korang rasa yang berkulit gelap tu tak cantik?? Ishhhh jangan la sampai macam tu sekali.... Masih ingatkah lagi model si cantik manis Azah Aziz? Beliau memiliki kulit gelap tapi tetap jelita dan cun seadanya......

Image result for azah aziz
Azah Aziz model top sekitar tahun 90an
Tetap cantikkan walau tidak berkulit cerah..... Tapi yang penting apa yang perlu kita titikberatkan ialah glowing tu... Gelap ke, cerah ke, yang penting, glow kena terserlah..... <*winkwink>


Ok, tapi kalau korang tetap rasa nak berkulit cerah sedikit, pastikan korang jangan tersalah pilih produk pemutih.... Yang sapu-sapu / calit-calit kejap udah putih melepak... Bukan apa, takut-takut ada bahan kimia berbahaya dalam ramuan tu. Japgi putih memang dapat, tapi sekejap je... Penyudahnya kulit terus rosak sampai ke akar umbi... Aduhaiiii.... Mintak dijauhkan laaa....

Kali ni nak dikongsikan tips untuk korang praktikkan agar kulit dapat cerah tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya. Ready???


1.     LARUTAN JUS LEMON

Image result for jus lemon
Kaedahnya : Buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
  • Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.
Fakta : Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap.


2.     SKRUB BIJI KOPI DAN MINYAK ZAITUN


Image result for coffe scrub
Kaedahnya : Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda. Jangan fokuskan kepada muka sahaja... Nanti muka je putih, bahagian tubuh lain dah lain pulak warnanya kan...

Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.
Fakta : Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.

3.     BUAT MASKER CAMPURAN MADU DAN YOGURT 

Image result for masker yogurt dan madu
Kaedahnya : Campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
  • Pastikan anda guna yogurt biasa tanpa gula (plain). Yogurt berperisa akan menjadi terlalu melekit.
  • Kalau takde madu, cuba gantikan dengan buah avocado atau gunakan daun lidah buaya (aloe vera). Kedua-dua ramuan ini juga mempunyai kesan pelembapan yang bagus.
Fakta : Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Adunan kedua-dua bahan ini akan menghasilkan masker yang menyihatkan.


4.     PENGAMBILAN SUPPLEMENT YANG SELAMAT DAN SEMULAJADI

Image result for esp dan vitamin c
Kaedahnya : Makan sebiji Vitamin C di waktu pagi selepas sarapan, beserta protein yang palilng unggul iaitu ESP. ESP boleh diambil sekurang-kuranya 2-3 sudu besar sehari dicampurkan dalam air kegemaran korang kecuali kopi, teh, air berkarbonat dan air beralkohol. Boleh rujuk entry MakBreeKael sebelum ni berkenaan PELBAGAI CARA BANCUHAN ESP

Fakta : Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Pengambilan Vitamin C setiap hari mampu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat sekaligus yang akan menggelapkan kulit.

ESP pula merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot serta mengurangkan kesan parut-parut lama.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Selamat mencuba.... Moga tips yang dikongsikan berguna untuk korang yang sudi singgah di blog MakBreeKael kali ni....



+Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael
012-654 4373

1 comments: