Tuesday 14 March 2017

Luahan dari Hati : Kenaikan Supervisor pada 23 Januari 2017

Assalamualaikum wbt…

                23.01.2017 menjadi tarikh bersejarah dalam hidup saya bilamana 1 benda yang saya tak pernah jangka terjadi dalam ‘karier’ saya sebagai seorang SID. Akhirnya setelah genap 3 tahun saya berjaya bergerak selangkah menjadi Supervisor.

                Jujur saya katakan saya tak pernah kejar rank dalam Shaklee. Sebab niat saya join Shaklee adalah :

Ø  Sebab nak sebarkan kebaikan Shaklee. Macam-macam Shaklee Effect yang saya sendiri dah rasa, tu yang rasa nak berkongsi pengalaman dengan semua orang.

ØKerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan saya dengan ‘tontonan’ banyak orang dalam Malaysia ni yang sakit. Rasa sedih timbul dan tak nak orang lain ambil enteng pasal jaga kesihatan.

Ø  Nak tolong ringankan beban suami beli susu dan diapers anak. Saya tak suka terlampau bergantung kepada suami. I’m an independent woman. Heheheheh…..


Cuma dalam 2 – 3 bulan lepas, terdetik rasa, “Eh, macam boleh je naik rank ni.. Tak mustahil rupanya…” Sebab mula-mula fikir mana la saya mampu nak dapat 3000uv dalam tempoh sebulan. Tapi Allah tu maha kaya, 2 3 bulan kot saya dapat GUV 1000++ & 2000++. Tu yang rasa, “Eh, if I push myself harder, I might have a chance ni….” And that was what I did…. Push myself to the fullest, cepat-cepat masuk enjin turbo

Saya ni penjawat awam di siang hari. Jadinya masa untuk saya menyelit-nyelit untuk berShaklee memang agak mencabar. Saya cuba latihkan diri saya untuk disiplin terhadap pelanggan. Saya fikir macamana nak puaskan hati pelanggan. Kebiasaannya sebagai pelanggan kita pasti mahukan servis yang cepat.  Jadinya, saya memang akan utamakan pelanggan yang telah depositkan bayaran. Faktor cuaca (hujan ribut / panas meghenin) jarang-jarang saya jadikan alasan untuk tidak ke branch untuk membeli order dan seterusnya ke pejabat pos untuk mengepos vitamin yang telah dipesan. Melainkan memang ada sebab musabab yang betol-betol tidak dapat dielakkan barulah saya terpaksa tangguhkan  operasi saya, tapi saya akan maklum pelanggan beserta dengan seribu kemaafan. Pasal tu, saya sendiri yang setkan ‘Piagam Pelanggan’ saya dan kadang2 saya war2kan di FB, masuk bayaran harini, hari ini jugak akan dipos. Begitu juga untuk pelanggan yang berada di sekitar Ipoh & Batu Gajah. Hari yang sama saya akan usahakan untuk hantar sehingga ke depan pintu / pagar rumah mereka.

Seterusnya, memang saya akui, kehadiran anak-anak Shaklee saya sangat membantu dalam kenaikan rank ni. Saya cuba guide depa dengan apa yang saya mampu. Saya tak nak depa rasa neglected. Pasal tu masa dah dekat-dekat nak capai 3000GUV tu saya tak putus-putus ucap terima kasih kat depa sebagai tanda I do really appreciate each and everyone of them.

Sebenarnya saya banyak struggle sendiri. Takde direct leader yang ‘jaga’ dan ‘didik’ saya. Dulu-dulu segala poster dan iklan kena buat sendiri. Info macammana nak makan, nak guide customer lebih banyak kena google sendiri. Cari la gambar, edit la sendiri. Testimonial pun, mai dari customer sendiri… Berbeza dengan sekarang, di mana kat FB iReach group senang dapat poster infak. Memang terasa banyak kesenangannya kat situ. Bila dah rasa senang, saya tak lupa kawan-kawan downline saya. Saya share dengan depa kat group wassap kami, The Shaklee Strivers. Dengan niat tak nak depa rasa susah macam saya dulu. Nak depa tau depa ada tempat untuk dirujuk dan saya ambil berat pasal depa. Padahal saya bukan ‘Leader’ pun waktu tu. Saya cuma kawan yang nak bantu kawan yang lain… 
               
Mujur Mama Nurul & Mummy Atie sesekali rajin pm saya, tanya progress dan jadikan diri depa sebagai tempat rujukan. Padahal saya ni hanya Distributor  je. Tapi saya ni cuma manusia biasa, bila ada orang tunjuk ambil berat dan menghargai, kita akan rasa lebih bersemangat. Berbekalkan nasihat dan tunjuk ajar 2 orang Sifu ni, saya tetap teruskan berShaklee. TAPI, bila saya dah 2 3 kali macam di ambang SV tu, lagi kerap Mama & Mummy pm, kongsikan itu ini, share tips dan macam-macam kata semangat depa bagi..

Sharing di FB, IG & blog memang main peranan penting. Jangan menidakkan fakta. Tapi ada beberapa benda yang saya perasan, rezeki saya semakin murah bila suami nampak mula restu dan turut sama contribute tenaga dan masa berShaklee. Walau tak selalu, tapi restu suami tu kuat impaknya. Satu lagi, jangan ambil untung atas angin.. Kalau dah niat nak tolong kawan-kawan meniaga, kita ni tak payah lah mark-up untuk kepentingan sendiri… Kita tolong kawan dapat rezeki, nanti insyaa  Allah, Dia datangkan rezeki untuk kita jugak.. Selain daripada tu, ringan-ringankan tulang, tolong orang yang perlukan bantuan dan juga jangan lupa bersedekah… Bersedekah ni paling senang kot… Tak semestinya jumlah yang besar dianggap sedekah.. walau sekupang dua pun dah kita boleh niatkan sedekah… Indahkan…?

Doa, doa doa…. Memang 1 kuasa luar biasa! Lambat atau cepat insyaa Allah, Dia akan makbulkan. Seorang ustaz pernah pesan kat saya. Nak mintak tolong kat Dia tu jangan la takat cakap doa je. Buatlah dengan cara yang betul. Sembahyang dan berdoalah, mintaklah apa nak di atas sejadah, maknanya berdoa selepas sembahyang. Mintak dengan cara yang tak betul, sendiri mau ingatlah….. *ni kata-kata ustaz tu tau…

Apa yang saya dapat simpulkan, Allah, usaha keras The Shaklee Strivers, dorongan Mama & Mummy dan restu suami; tu je lah kot resepinya kenapa saya telah pun dapat merasa kemanisan bonus 4 angka tengah bulan Februari 2017 yang lalu. Learn to appreciate people around you, insyaa Allah you will taste the sweetnessAnd I’m loving this quote yang saya jumpa dalam internet, “JUST BECAUSE YOU ARE TAKING LONGER THAN OTHERS, DOES NOT MEAN YOU ARE A FAILURE… JUST KEEP GOING!” Quote ni boleh digunapakai bukan hanya untuk bisnes Shaklee, tapi untuk semua aspek kehidupan saya…

:: To Kak Fiza, Aishah, Eija, Pn Julieya, Pn Shaniyah & Julia, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK… You guys ada contribution untuk GUV Januari 2017 di mana telah melayakkan saya naik rankLet’s strive forever…! ::


                

2 comments: