Wednesday 15 July 2015

Tips Waktu Yang Ideal Untuk Makan Vitamin

Assalamualaikum n Salam Sejahtera.....

kali ni makBree nak share sikit waktu yang sesuai n ideal untuk makan vitamin. Sebab penah gak dengar rungutan, rintihan, keluhan, customer makBree yang tak berapa sure bila patut telan vitamin ini, vitamin itu... Belinya udah, nak makan plak depa xberapa sure.....

Sebenarnya langsung x susah pun nak makan vitamin ni... Macammana nak bagi disiplin? Senang je, cer ingat balik org yg kurang bernasib baik yg dlm hospital or yg kena dok ulang-alik hospital tu, In Syaa Allah, akan timbul kesedaran n keinsafan untuk mula makan vitamin dan terus berdisiplin.... 

Ok, sebelum tu makBree bagi contoh 4 vitamin yg biasa ni ye... 


  • Multivitamin (VitaLea)

  • B-complex

  • E-complex

  • Vitamin C (Sustained Release Vitamin C)


Vitamin Yang Mana Sesuai Dimakan Waktu Pagi SELEPAS SARAPAN

Sukacitanya diumumkan keempat-empat jenis vitamin di atas boleh diambil pada waktu pagi selepas sarapan. Bukan saja sebab nak mulakan hari anda dgn bertenaga, tapi time breakfast lah waktu yang paling senang nak ingat kena makan vitamin. Tambah2 kalau jenis yang breakfast kat rumah, lagi senang, terus makan je sebelum keluar ke ofis.. Untuk surirumah pun sama, baru la sehat bertenaga buat keje2 umah yg susah nak abis tu, termasuk la pegi hantar n ambil anak dari sekolah... Memang mak2 ni perlukan extra supplement untuk multitasking.....   

Untuk pengetahuan uolls, Vitamin B (yg ada dalam VitaLea) & Vitamin B-complex fungsi dia, tukarkan makanan kepada tenaga... Pasal tu lah lagi terbaik dimakan waktu pagi....  

Oh ya, 1 lagi info berguna yang perlu kalian ingat... mana2 vitamin kalsium jangan dimakan dengan multivitamin yang ada sumber Iron / Zat Besi... Sebab apa? Sebab kalsium akan mengganggu penyerapan zat besi. Makanya, dicadangkan supplement kalsium diambil waktu malam, sebelum nak tidur tu... 

Vitamin C pulak membantu meningkatkan penyerapan Iron. Jadi, teruskanlah minum jus oren semasa sarapan ataupun makan Vitamin C sekali dengan Iron. 

Eh, kenapa zat besi ni penting sangat??? Penting le.... sebab zat besi ni la menggalakkan penghasilan sel darah merah... fungsi sel darah merah pulak? Untuk bawak oksigen dlm badan kita ni... :)


Vitamin Apa Yang Sesuai Dimakan Waktu Tengahari / SELEPAS LUNCH

 Kalau uollsss lebih selesa nak makan Vitamin2 yang kat atas tu lepas makan tengahari, buleh saja.... Xde halangan n xde masalah... Point penting, lagi elok makan vitamin dengan makanan untuk membantu penyerapan zat deng lagi efektif. Kalo boleh jgn makan waktu perut kosong... Kalo boleh la.....

Cuma perlu ingat n tanam dalam2, konsep yang sama macam diterangkan tadi, xkira u nak makan vitamin waktu pagi or tengahari, JANGAN MAKAN MULTIVITAMIN YANG ADA SUMBER ZAT BESI SEKALI DENGAN VITAMIN KALSIUM.

Tapi ada sesetengah multivitamin yang mengandungi amaun kecil kalsium.. Jangan risau, that small amount of calcium tak mengganggu penyerapan Iron yang diperlukan.....



Vitamin Yang Sesuai Dimakan Waktu MALAM


KALSIUM lah jawapannya... Kalo dlm Shaklee, namanya OSTEMATRIX. Vitamin ni boleh diambil directly lepas makan malam ataupun berjam-jam selepas dinner time tu. Sebelum tidur pun boleh... Supaya bangun tidur esok pagi badan akan rasa fresh, bertenaga gitu.... Xde sakit2 pinggang, lenguh2 badan, cramp... In syaa Allah.... Kita usaha yang terbaik kan....

 Tapi kan, uollsss kena pastikan jenis Vitamin Kalsium yang u makan tu... Ada yang kena ambil dgn makanan iaitu yang jenis Calcium Carbonate. Yang jenis ni, better absorption with food intake. Boleh dimakan selepas mkn malam ataupun mana waktu makan... Yang satu lagi jenis Calcium Citrate. Haaa yang ni boleh dimakan dengan perut kosong ataupun dengan makanan. Yang jenis macam ni disarankan makan sebelum tido ataupun kalo takut terlupa, boleh la dimakan in between meals....


Sekian, perkongsian maklumat untuk kali ini... Harap2 dapat membantu xbanyak, sikit untuk uollsss makan vitamin dengan jayanya....

Akhir kata, Majulah Kita Untuk Family Kita...... Ahax!

0 comments:

Post a Comment