Sunday 5 November 2017

Kelebihan Set Berpantang Shaklee

Tahniah! Tahniah! Tahniah!!!!

Saya beranggapan korang yang sedang membaca entry saya kali ni mesti telah atau bakal melahirkan cahaya mata... Kalau tak mesti tak singgah baca kaaaannn... *winkwink

OK, Tempoh Berpantang, adakah ianya relevan dan wajib diikuti....?? Personally saya sendiri memang mengamalkannya sebanyak 2 kali dalam hidup ini. Apakah pentingnya? Kenapa perlu sangat nak berpantang? Tak boleh ke terus je makan macam biasa dan teruskan aktiviti seharian macam hari-hari normal yang lain....?

Sebelum saya terus mendedahkan kelebihan Set Berpantang Shaklee, ingin saya kongsikan kenapa kita perlu berpantang.

  1. Untuk ibu mendapat tempoh rehat yang secukupnya agar dapat memulihkan tenaga dalaman dan luaran.
  2. Untuk mencipta ruang hubungan  antara ibu dan bayi serta ahli keluarga.
  3. Untuk membekalkan nutrien berkhasiat melalui amalan pemakan yang sihat dan betul.
  4. Untuk memberi ketenangan emosi buat ibu.
  5. Untuk mengembalikan berat dan bentuk badan yang asal seperti sebelum mengandung.
  6. Untuk mengelakkan berlaku sindrom meroyan atau post-natal blues yang terjadi sebab perubahan hormon.

 Haaaaaaa saksikan... Ini merupakan set yang saya cadangkan di masa berpantang. Diulangi, ini yang saya cadangkan.... Saya mestilah cadangkan Full Set sebab nak korang semua dapat nutrient secukupnya... Eh tau tak kalau mak dah dapat nutrient terbaik, ianya akan disalurkan kepada bayi pulak melalui susu badan... Untung kan... So bayangkan kalau mak-mak terhadkan segala pemakanan macamana bayi nak membesar dengan sihat.... 

Namun begitu jika puan mempunyai budget yang agak ketat yakni tight budget, boleh saja jika nak mix n match ala2 menu di McDonald's tu.......

MENGAPA PERLU ESP SEMASA BERPANTANG?

  • Dapat memeriahkan susu badan, serta memekatkannya. Untuk yang masih tak tau, susu badan yang pekat dan banyak akan membuatkan baby cepat kenyang dan kurang meragam akibat cepat lapar... Dan tau tak, kalau baby anda ada jaundice, doktor akan menasihatkan supaya mak susukan anak sebanyak mungkin untuk menurunkan bacaan kuning si anak. 
  • Dapat cepatkan proses penyembuhan luka bersalin. Takkan nak biarkan luka tu lambat baik. Nanti nak buat apa pun ngeri je nanti...
  • Pengalaman saya sendiri bila amalkan minum ESP, stamina badan mmg power betul. Langsung tak rasa macam dalam pantang.
  • Stretchmark juga akan cepat pudar.

MENGAPA PERLU VITAMIN C SEMASA BERPANTANG?

  • Meningkatkan antiobodi agar mak tidak mudah didatangi penyakit. Kalau mak sakit semasa tempoh berpantang, walaupun sekadar demam mahupun selsema, bagaimana pula efeknya kepada baby pulak nanti..? Fikirkan yang terbaik untuk mak dan baby ya... 
  • Sumber dalam Vitamin C juga dapat memperbaiki tisu-tisu dalam badan ibu yang telah rosak semasa proses bersalin.

MENGAPA PERLU VITALEA SEMASA BERPANTANG?

  • Sebagai penambahan tenaga segera. Mengekalkan kecergasan tubuh mak yang baru bersalin serta kekuatan mental. 
  • Pelengkap Nutrisi. Mak yang dalam berpantang selalunya pemakanannya akan dikawal rapi. Sangat terhad jenis makanan yang boleh dimakan. Makanya, sangat sedikitlah nutrient yang masuk ke dalam diet si mak. Macamana nak cepat sihat dan baby pulak macamana nak dapat khasiat yang baik? Vitalea lengkap dengan 30 nutrisi, 12 vitamin dan 7 mineral. Setel problem kan....

MENGAPA PERLU OSTEMATRIX SEMASA BERPANTANG?

  • Mengelak berlakunya masalah sembelit. Antara igauan ngeri mak-mak berpantang ialah nak melepaskan hajat. Sebab terlampau seriau dengan jahitan 'di situ'. Tapi kalau dengan Ostematrix, takkan berlakunya sembelit..
  • Mak yang menyusu, baby menyerap zat kalsium dari badan maknya demi pembentukan tulang dan gigi si bayi. Jadinya mak perlulah bersiap sedia, mengambil sumber kalsium yang lebih agar si mak tidak mengalami sakit gigi, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan sebagainya.

MENGAPA PERLU B-COMPLEX SEMASA BERPANTANG?

  • Membantu menstabilkan hormon. Melawan tekanan. Kerap kali dikaitkan sindrom meroyan dengan mak yang sedang berpantang. Jadinya perisaikan diri anda siap-siap ya... Jangan berani-berani mencoba untuk berjinak-jinak dengan aktiviti meroyan ya...

Ok, telah saya perincikan setiap fungsi Vitamin dalam set berpantang ni. Bestkan kalau dapat consume semuanya. Bukan untuk suka-suka, tapi demi kesihatan mak dan baby. 


Jika sudah bersedia n sudah percaya dengan kehebatan Set Berpantang Shaklee, boleh je terus membeli dengan klik je link di bawah ni ya...


Tapi jika ada sebarang persoalan atau kemusykilan, boleh juga wassap saya terus.. Insyaa Allah fast reply, dan fast action...

BALQISY BAKLEE a.k.a MakBreeKael
012.654.4373

0 comments:

Post a Comment