Friday 17 November 2017

Coaching cum Berkelah Santai dengan Geng Shaklee

Untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang kita ceburi, kita memang memerlukan mentor sebagai sumber rujukan. Tak kiralah rujukan untuk sumber maklumat produk, ataupun sebagai sumber tips-tips untuk lebih berjaya dengan bergaya. 😉
Jarang-jarang ada orang yang berjaya itu bergerak solo tanpa ada seorang pun mentor...

Dalam kes makBreeKael dengan bisnes Shaklee ni, I sendiri telah melantik upline I sebagai mentor I. Apa yang kurang pasti, apa yang kurang jelas, apa yang samar-samar tentang bisnes Shaklee memang 2 orang mentor inilah yang akan I rujuk. Mereka adalah Pn. Nurul Hidayah Zakaria a.k.a Chrysalis Nurul dan Pn. Hamizawati Ahmad. Merekalah yang sentiasa guide I tanpa jemu, dan sentiasa bagi galakan n sokongan. Padahal sebelum ni, kami memang tak pernah kenal antara satu sama lain. Mereka polish I cukup-cukup agar I jugak mampu jadi leader yang baik macam depa.


Image result for mentor



Ada beberapa siri program yang telah makBreeKael join anjuran upline I. Tapi kenangan yang paling tak boleh lupa adalah kali pertama join sesi coaching offline di Padang Polo, Ipoh. Masa tu kebanyakannya 1st time jumpa geng Butterfly (nama grup di bawah susur galur Chrysalis Nurul pada masa itu). Jumpa secara santai-santai, berkenalan, makan-makan (sebab aritu ala-ala potluck piknick gituuu...), sambil tu sesi coaching tak dilupa....

Masa tu, tahun 2014. MakBreeKael baru beberapa bulan je join Shaklee... Tapi ilmu yang I dapat dari coaching santai-santai gitu pun, I bawak dan praktikkan sampai ke hari ini.... 
Dari situ lah i tergerak untuk majukan diri sebagai Shaklee Independent Distributor yang baik sebab ramai telah berkongsi cara masing-masing macammana depa dapat naik rank dalam usia yang muda. MakBreeKael dengar, 'rakam', pendam semuanya.... 


2 comments: