Sunday 12 November 2017

Tips Mudah Untuk Memulakan Perniagaan Online Yang Menguntungkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat sekalian...


Image result for berniaga sunnah nabi

Mungkin ramai yang ingin berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan, tapi mungkin masih ada yang takut-takut untuk terus terjun atau masih tercari-cari jenis bisnes yang mudah tapi menguntungkan. Walau apa pun, kejayaan dan rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang setimpal... 


Kali ni MakBreeKael nak kongsikan beberapa tips yang boleh korang pertimbangkan untuk memulakan sesuatu bisnes.


MULAKAN DENGAN MODAL YANG SEDERHANA

Buatlah pilihan bisnes yang tidak akan membebankan korang dari segi modal. Memang benar, untuk memulakan sesuatu bisnes sudah menjadi kebiasaan orang untuk membuat pinjaman terlebih dahulu. TETAPI ada juga yang berkemampuan dan boleh mulakan bisnes tanpa membuat sebarang pinjaman... 

MULAKAN DENGAN SEPARUH MASA

Tak perlu sampai berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Sebab kita tak tahu lagi macammana potensi bisnes kita akan berjaya atau tidak. Untuk bisnes online korang boleh gunakan waktu malam atau waktu rehat untuk merangka plan yang strategik untuk bisnes korang. 

BIJAK MEMBAHAGIKAN MASA

Semua orang dianugerahkan 24 jam sehari. Tiada seorang pun yang dapat extra sejam dalam sehari. Oleh itu, untuk berjaya kena bijak membahagikan masa. Jangan mengeluh atau tanam dalam minda TAK CUKUP MASA LAAA.... Kalau korang selalu fikir dan cakap dalam hati korang takde masa, memang korang akan sentiasa rasa masa tu tak cukup dan kejayaan berbisnes mungkin susah nak datang.

IKAT PERUT

Sebahagian usahawan yang berjaya, pada peringkat awalnya sentiasa ber-ikat perut. Jangan berlagak seperti bisnes korang dah berjaya padahal masih dalam peringkat merangkak lagi. Bersusah-susahlah dahulu, bersenang-senang di kemudian nanti.

PILIH PRODUK YANG MEMBERI MANFAAT

Ada banyak jenis produk yang korang boleh pilih untuk memulakan bisnes online. Tapi di zaman ekonomi yang agak goyah ni, kebanyakan pembeli lebih suka / lebih cenderung berbelanja terhadap produk yang mementingkan keperluan jika dibandingkan dengan kehendak. 

TIDAK SIMPAN STOK YANG TERLALU BANYAK

Memadai jika korang beli dan nak standby stok untuk satu tempoh yang korang rangka. Jangan sampai beli stok berlebihan dan nanti akan merugikan korang sendiri. Bayangkan stok dah beli banyak tapi pembelinya tiada. Kalau stok yang takde tarikh luput, ok lagi. Tapi macammana kalau produk yang ada had tarikhnya. Kan ke sedih....




Image result for berniaga sunnah nabi

Cukup setakat ini MakBreeKael kongsikan tips mudah untuk korang yang nak start berniaga secara online. Percayalah, berniaga online ni memang mudah pulang modal dan mudah dapat untung. Itulah matlamat kita nak berniaga kan... 

MakBreeKael sendiri bekerja 8-5 setiap hari, tapi juga mampu jana pendapatan dengan bisnes online. Alhamdulillah. Saya pilih berbisnes dengan Shaklee sebab modalnya cuma RM68.90 tetapi pulangan yang saya dapat dah mampu cecah 4 angka hampir setiap bulan. Ada juga masanya, melebihi dari gaji kerja hakiki saya. Jangan cakap la pasal pulang modal, memang dah pulang modal dah RM68.90 tu... *winkwink...

So, doa saya untuk korang yang baca entry MakBreeKael kali ni, moga korang dah dapat idea nak mula berbisnes apa. Tak semestinya Shaklee kan? Tapi kalaaaauuuu lah Shaklee menjadi pilihan korang jangan segan silu kontek i ya. Akan ku curahkan segala ilmu di dada dan berkongsi kejayaan sama-sama....... 


+Balqisy Baklee a.k.a MakBreeKael
012.654.4373



untuk respond yang lebih cepat, klik je link kat bawah ni ya untuk berchit-chat dengan i...

0 comments:

Post a Comment