Friday 7 October 2016

Tips Mudah Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Assalamualaikum alls......

kalau dulu-dulu sakit DARAH TINGGI / HYPERTENSION ni kita dok rasa ni penyakit orang-orang tua... kononnya dah 45thn ke atas baru la boleh 'kena' darah tinggi... kini tidak lagi wahai sahabat sekalian....

taukah anda, zaman sekarang ni umur baru menjangkau angka 30, tapi malangnya doktor dah diagnos ada darah tinggi siap dah kena makan ubat darah tinggi hari-hari.... dan tahukah anda bahawa, secara lazimnya, bila sekali kita dah kena makan ubat darah tinggi, jarang-jarang ada kes yang doktor akan suroh stop makan ubat tu... oohhhh pilu.....

Bermula dari Darah Tinggilah, boleh membawa kepada SERANGAN JANTUNG, STROK, KOMPLIKASI BUAH PINGGANG dan macam-macam lagi... oooohhhh pilu sekali lagiii....

Jadi, pada hari ni, saya nak share sikit tips-tips mudah yang boleh kita usahakan untuk turunkan tekanan Darah Tinggi kita dari mencapai ke tahap yang lebih kronik...

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
    • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
Sekian perkongsian tips pada hari ini.... Saya pinjam tips mudah di atas tu daripada perkongsian Kevin Zahri...

ooooohhhh yessss, kalo yang nak cuba kontrol bacaan tekanan Darah Tinggi dengan mengamalkan pemakanan Vitamin Shaklee, bisa diaturrrr baaaahhh... kat sini saya nak kongsikan gabungan yang paling jimat, paling berbaloi...



Cuba dulu baru tahu..... Semoga semua yang membaca tulisan saya kali ini, dpt manfaat dan dapat mengawal bacaan tekanan darah tinggi masing-masing....

Akhirnya, jangan lupa pi buat thorough check-up tau di klinik-klinik kesihatan sekitar anda... setahun sekali pun jadilah... 


Kalo nak order Shaklee silalah wassap or SMS 012.654.4373

0 comments:

Post a Comment