Assalamualaikum
wbt…
23.01.2017 menjadi tarikh
bersejarah dalam hidup saya bilamana 1 benda yang saya tak pernah jangka
terjadi dalam ‘karier’ saya sebagai seorang SID. Akhirnya setelah genap 3 tahun
saya berjaya bergerak selangkah menjadi Supervisor.
Jujur saya katakan saya tak
pernah kejar rank dalam Shaklee.
Sebab niat saya join Shaklee adalah :
Ø Sebab
nak sebarkan kebaikan Shaklee. Macam-macam Shaklee
Effect yang saya sendiri dah rasa, tu yang rasa nak berkongsi pengalaman
dengan semua orang.
ØKerja
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan saya dengan ‘tontonan’ banyak
orang dalam Malaysia ni yang sakit. Rasa sedih timbul dan tak nak orang lain
ambil enteng pasal jaga kesihatan.
Ø Nak
tolong ringankan beban suami beli susu dan diapers
anak. Saya tak suka terlampau bergantung kepada suami. I’m an independent woman. Heheheheh…..
Cuma
dalam 2 – 3 bulan lepas, terdetik rasa, “Eh, macam boleh je naik rank ni.. Tak
mustahil rupanya…” Sebab mula-mula fikir mana la saya mampu nak dapat 3000uv
dalam tempoh sebulan. Tapi Allah tu maha kaya, 2 3 bulan kot saya dapat GUV
1000++ & 2000++. Tu yang rasa, “Eh, if
I push myself harder, I might have a chance ni….” And that was what I did…. Push myself to the fullest, cepat-cepat
masuk enjin turbo…
Saya
ni penjawat awam di siang hari. Jadinya masa untuk saya menyelit-nyelit untuk
berShaklee memang agak mencabar. Saya cuba latihkan diri saya untuk disiplin
terhadap pelanggan. Saya fikir macamana nak puaskan hati pelanggan.
Kebiasaannya sebagai pelanggan kita pasti mahukan servis yang cepat. Jadinya, saya memang akan utamakan pelanggan
yang telah depositkan bayaran. Faktor cuaca (hujan ribut / panas meghenin)
jarang-jarang saya jadikan alasan untuk tidak ke branch untuk membeli order dan
seterusnya ke pejabat pos untuk mengepos vitamin yang telah dipesan. Melainkan
memang ada sebab musabab yang betol-betol tidak dapat dielakkan barulah saya
terpaksa tangguhkan operasi saya, tapi
saya akan maklum pelanggan beserta dengan seribu kemaafan. Pasal tu, saya
sendiri yang setkan ‘Piagam Pelanggan’ saya dan kadang2 saya war2kan di FB,
masuk bayaran harini, hari ini jugak akan dipos. Begitu juga untuk pelanggan
yang berada di sekitar Ipoh & Batu Gajah. Hari yang sama saya akan usahakan
untuk hantar sehingga ke depan pintu / pagar rumah mereka.
Seterusnya,
memang saya akui, kehadiran anak-anak Shaklee saya sangat membantu dalam
kenaikan rank ni. Saya cuba guide
depa dengan apa yang saya mampu. Saya tak nak depa rasa neglected. Pasal tu masa dah dekat-dekat nak capai 3000GUV tu saya
tak putus-putus ucap terima kasih kat depa sebagai tanda I do really appreciate each and everyone of them.
Sebenarnya
saya banyak struggle sendiri. Takde direct leader yang ‘jaga’ dan ‘didik’
saya. Dulu-dulu segala poster dan iklan kena buat sendiri. Info macammana nak
makan, nak guide customer lebih
banyak kena google sendiri. Cari la gambar, edit
la sendiri. Testimonial pun, mai dari customer sendiri… Berbeza dengan
sekarang, di mana kat FB iReach group senang dapat poster infak. Memang terasa banyak
kesenangannya kat situ. Bila dah rasa senang, saya tak lupa kawan-kawan downline saya. Saya share dengan depa kat group
wassap kami, The Shaklee Strivers. Dengan niat tak nak depa rasa susah macam
saya dulu. Nak depa tau depa ada tempat untuk dirujuk dan saya ambil berat
pasal depa. Padahal saya bukan ‘Leader’
pun waktu tu. Saya cuma kawan yang nak bantu kawan yang lain…
Mujur
Mama Nurul & Mummy Atie sesekali rajin pm saya, tanya progress dan jadikan diri depa sebagai tempat rujukan. Padahal saya
ni hanya Distributor je. Tapi saya ni cuma manusia biasa, bila ada
orang tunjuk ambil berat dan menghargai, kita akan rasa lebih bersemangat.
Berbekalkan nasihat dan tunjuk ajar 2 orang Sifu ni, saya tetap teruskan
berShaklee. TAPI, bila saya dah 2 3
kali macam di ambang SV tu, lagi kerap Mama & Mummy pm, kongsikan itu ini, share tips dan macam-macam kata semangat
depa bagi..
Sharing
di FB, IG & blog memang main peranan penting. Jangan menidakkan fakta. Tapi
ada beberapa benda yang saya perasan, rezeki saya semakin murah bila suami nampak
mula restu dan turut sama contribute
tenaga dan masa berShaklee. Walau tak selalu, tapi restu suami tu kuat
impaknya. Satu lagi, jangan ambil untung atas angin.. Kalau dah niat nak tolong
kawan-kawan meniaga, kita ni tak payah lah mark-up
untuk kepentingan sendiri… Kita tolong kawan dapat rezeki, nanti insyaa Allah, Dia datangkan rezeki untuk kita
jugak.. Selain daripada tu, ringan-ringankan tulang, tolong orang yang perlukan
bantuan dan juga jangan lupa bersedekah… Bersedekah ni paling senang kot… Tak
semestinya jumlah yang besar dianggap sedekah.. walau sekupang dua pun dah kita
boleh niatkan sedekah… Indahkan…?
Doa,
doa doa…. Memang 1 kuasa luar biasa! Lambat atau cepat insyaa Allah, Dia akan
makbulkan. Seorang ustaz pernah pesan kat saya. Nak mintak tolong kat Dia tu
jangan la takat cakap doa je. Buatlah dengan cara yang betul. Sembahyang dan
berdoalah, mintaklah apa nak di atas sejadah, maknanya berdoa selepas
sembahyang. Mintak dengan cara yang tak betul, sendiri mau ingatlah….. *ni
kata-kata ustaz tu tau…
Apa
yang saya dapat simpulkan, Allah, usaha keras The Shaklee Strivers,
dorongan Mama & Mummy dan restu suami; tu je lah kot resepinya kenapa saya
telah pun dapat merasa kemanisan bonus 4 angka tengah bulan Februari 2017 yang lalu. Learn to appreciate people around you,
insyaa Allah you will taste the sweetness…And I’m loving this quote yang saya
jumpa dalam internet, “JUST BECAUSE YOU ARE TAKING LONGER THAN
OTHERS, DOES NOT MEAN YOU ARE A FAILURE… JUST KEEP GOING!” Quote ni
boleh digunapakai bukan hanya untuk bisnes Shaklee, tapi untuk semua aspek
kehidupan saya…
:: To
Kak Fiza, Aishah, Eija, Pn Julieya, Pn Shaniyah & Julia, TERIMA KASIH
BANYAK-BANYAK… You guys ada contribution untuk GUV Januari 2017 di
mana telah melayakkan saya naik rank…
Let’s
strive forever…! ::
Terharu baca.. hugs..
ReplyDeleteluv yahhhhh
ReplyDelete